Semasa temubual dengan Pak Long Saad pada 7 Disember 2011, saya sempat bertanya dengan beliau berkenaan dengan anak2 Ismail yang telah meninggal dunia semasa kecil. Mereka ini tidak sempat dikenali oleh anak2 buah yang kini telah ramai yang berkahwin dan mempunyai anak. Sekiranya tidak dicatatkan, mungkin generasi akan datang tidak dapat lagi mendapatkan maklumat mengenai mereka ini.
Salah seorang yang telah meninggal dunia semasa remaja ialah Nor Hashimah binti Ismail. Beliau dilahirkan selepas Che Wah binti Ismail. Mengikut kata Pak Long Saad, beliau merupakan seorang gadis yang sangat putih dan mulus kulitnya. Cuma, kecacatan telah menyebabkan pergerakan beliau terbatas. Beliau menderita sakit lumpuh sejak kecil sama seperti Rosmah, anak Acik Ajak (Abdul Razak bin Ismail). Semenjak kecil beliau telah dijaga oleh Che Wah sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir ketika berumur 16 tahun. Beliau telah dikebumikan di Bangsar.
Selepas Nor Hashimah, lahir pula Mariah binti Ismail. Beliau merupakan kanak2 normal pada awal kelahirannya. Semakin meningkat besar, terdapat ketumbuhan pada mata beliau yang juga membesar mengikut usia. Ketumbuhan ini akhirnya telah merebak menjadi kanser. Ini menyebabkan mata beliau menjadi rosak dan akhirnya meninggal dunia ketika berumur 9 tahun. Beliau telah dikebumikan di Melaka namun tiada siapa yang masih mengingati di mana letaknya pusara beliau.

Selain daripada Nor Hashimah & Mariah, terdapat 3 orang lagi anak2 Ismail yang sempat lahir ke dunia ini. Namun mereka meninggal dunia selepas beberapa hari kelahiran mereka. Manakala seorang lagi daripada anak Ismail gugur sebelum sempat dilahirkan. Kata Pn Esah, Fatimah sempat memberitahunya bahawa terdapat 16 orang anak2 beliau kesemuanya. Kalau mengikut kiraan saya, cukuplah semuanya 16 orang. Cuma, di mana kedudukan anak Ismail yang gugur ini tidak dapat diketahui. Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan